Thursday, January 4, 2018

Tabungan subuh



Antara amalan yang mempunyai ganjaran yang cukup besar adalah bersedekah.  Ganjaran besar diberikan kepada mereka yang sentiasa bersedekah dengan hati yang ikhlas tanpa rasa riak.

Dalam ceramah ustaz Muhadir bin Joll ada menyaran agar setiap pagi kita mulakan sedekah rm1.00 atau berapa sahaja nilai yang boleh secara berterusan.  Sebelum mulakan sembahyang subuh anda boleh memulakan sedekah rm1.  Sediakan satu tabung khas dari bahan seperti tin biskut atau bekas plastik yang bersaiz sederhana.


Kemudian apabila sampai hari ke 30 ambil wang tersebut sedekahkan ke masjid atau kepada orang yang miskin yang memerlukan.  Lakukan perkara ini secara istiqamah dan duit ini jangan sesekali digunakan untuk keperluan diri anda.  

Bayangkan dalam sebulan anda boleh bersedekah rm30. Jika setahun anda mampu bersedekah tanpa anda sedari sebanyak rm360. Sekiranya secara istiqamah anda lakukan selama 10 tahun anda telah bersedekah sebanyak rm 3600. Bayangkan adakah anda mampu bersedekah rm3600 secara sekaligus.  Tentu sahaja anda tidak sanggup.  Tetatapi dengan teknik ini anda mampu melakukkan. Ulangi langkah ini sehingga akhir hayat anda insyallah berkat sedekah tersebut anda mampu rasai nanti.







No comments:

Post a Comment