Saturday, March 7, 2015

Teknik Kreatif Bersedekah Yang Perlu Anda Amalkan

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi yang tidak putus-putus.. Sehingga mengabaikan amalan kebaikan yang pelu kita bawa setelah hayat kita tiada lagi di dunia ini. Dalam melakukan kejahatan kita kadang-kadang berseni, maka dalam amalan kebaikan juga kita perlu berseni. Kata-kata ini saya ambil dari ustaz Heryanto.Maksud berseni di sini cara kita melakukan amalan dengan cara kreatif.



Di sini saya kongsikan amalan sedekah yang boleh anda amalkan.Kalau kita nak sedekah setiap hari RM1 mungkin sukar kerana kekekangan masa atau sebagai.Yalah satu hal nak cari peti sedekah kalau kita keluar mana-mana. Kecuali ke masjid atau di kedai yang ada meletakkannya. Semoga teknik ini anda dapat menjadikan satu amalan yang berterusan sehingga akhir hayat kita.

1. Langkah pertama download apps bank seperti CIMB atau maybank2u atau sebagainya.

2. Setelah selesai, maka login ke akaun bank anda tadi dan pilih 10 atau lebih rumah anak-anak yatim atau badan ngo yang memerlukan derma. Daftarkan no akaun yang dipilih dan jadikan akaun favorite.

3. Berikut saya berikut contoh seperti :
   a. Rumah anak yatim -
Rumah anak yatim Al Nuriah - maybank 004021500547
Anak yatim islam Port Dickson - Banak islam 0504901000078-1
Badan Amal Nur Zaharah - maybank 564726100594
Pertubuhan kebajikan rumah anak yatim Mak Teh ( Perlis ) RHB -20901310111335

b. Sekolah tahfiz -
  a. Sekolah Tahfiz Anur -  Mahad Tahfiz Annur Maybank 562478123076
 b. Tahfiz Khalifah   - bank islam 12029-0100-6562-8

  c. Aman Palestine -  Bank Islam 12029010047880  Maybank 562263010787
      AQSA SYARIF - Maybank 551575004299
      MERCY Malaysia - Maybank Mercy Humanitarian Fund 562179504126

4. Setiap bulan anda wajib topup - RM30. Ikut kemampuan andalah. Kalau rasa RM100 berat maka mulakan dengan nilai kecil dahulu. RM30 bagi setiap hari anda derma RM1.

5. Setiap hari on handset selepas subuh login akaun bank anda , anda dermalah mana 10 pilihan akaun tersebut setiap hari. Amalkan setiap hari tanpa ada alasan anda tertinggal. Jika terlupa anda mesti derma mengikut bilangan hari yang anda lupa. Contoh 2 hari untuk RM2.

6. Insyallah amalan ini anda akan jadi budaya anda setiap hari. Anda akan merasa kehilangan sesuatu jika anda tidak menderma.

Anda mungkin rasa rm1 mungkin sedikit bagi anda, tetapi bayangkan jika anda telah menderma
RM 1 x 30 hari = Rm30
Setahun RM30 x 12 bulan = RM360
10 tahun = RM360 x 10 = RM3600.
Jika anda berpendapatan sederhana andakah anda mampu menderma sebanyak RM3600 sekaligus.
Jika saya mungkin berat untuk orang seperti saya. Tetapi jika RM1 kita amalkan jumlah tersebut akan bertambah dari hari ke hari. Secara tidak langsung jumlah sedekah melebih RM3K.

7. Jika gaji anda bertambah boleh anda gandakan derma anda setiap kali topup ke bank. Kalau setiap hari
kita tidak miss nak topup reload handset anda. Kenapa tidak anda mesti lupa topup pahala untuk kehidupan yang lebih abadi di akhirat kelak.

Abu Hurairah menceritakan Rasulullah s.a.w mengatakan ,"Orang yang bersedekah sebesar satu biji kurma daripada usaha yang baik, sedangkan Allah tidak menerima kecuali yang baik, Allah menerima sedekah dengan tangan kanan-Nya, kemudian memelihara untuk yang bersedekah sebagaimana seorang antara kamu memelihara anak unta betina yang sedikit, sehingga menjadi seperti gunung." 
Hadis direkod oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim

Semoga amalan yang sedikit ini menjadikan kita orang berbahagi di akhirat kelak. Amin





No comments:

Post a Comment