Thursday, February 8, 2018

Amalan yang membolehkan mendapat sejuta pahala

Antara ganjaran yang mendapat ganjaran yang besar adalah membaca doa semasa memasuki pasar.   Amalan ini sepatutnya tidak perlu ditinggalkan selepas mengetahui ganjaran sebesar ini.  Maksud pasar tidak semestinya pasar seperti pasar tani atau pasar malam semata-mata.  Pasar pada masa kini boleh dikategori seperti Jaya Jusco, Maidin, Tesco seumpamanya adalah dalam kategori pasar.

Bayangkan sekali kita masuk pasar kita mendapat sejuta pahala. Kalau sudah beratus kali kita memasuki bukankah berbilion pahala yang boleh kita dapatkan.  Jadi jangan lepaskan peluang seumpama ini.  Kita hanya boleh beramal semasa kita masih hidup sahaja.  Apabila sudah mati kita terputus daripada amalan yang mempunyai ganjaran sebesar ini. Alangkah menyesalnya kita ketika itu untuk tidak dapat nak beramal lagi.

Kelebihan:
1. Diangkat sejuta darjat.
2. Allah bina sebuah istana di syurga.
3. Mendapat sejuta pahala.
4. Dipadam sejuta dosa.






No comments:

Post a Comment