Wednesday, January 3, 2018

Mulakan azam tahun 2018

Tahun 2018 mula melangkah masuk dan meninggalkan tahun 2017.  Selangkah kita ke hadapan bermakna umur kita semakin singkat di dunia ini. Jadi jangan bazirkan masa yang ada dengan perkara sia-sia. Sebaliknya rebutlah peluang yang ada dengan membuat pahala sebanyak yang boleh.

Hari ini saya mencadangkan kepada pembaca teknik yang mudah untuk meningkatkan amalan kita.  Tanpa perlu kita duduk lama di tikar sembahyang.

Kalau anda biasa mendengar ceramah di youtube antara ustaz mencadangkan amalan seperti berzikir semasa kita berada di kenderaan. Memang peringkat awal anda akan rasa sukar memulakannya.  Tetapi percayalah jika amalan ini sudah sebati di dalam diri anda ia akan menjadi perkara yang mesti kita lakukan kita berada di dalam kenderaan.

Amalan zikir ini antara amalan yang mudah dilakukan tetapi amat berat jika hati kita tidak didik untuk ke arah itu.  Paksa diri anda untuk berubah ke arah kebaikan. Amalan yang terpaksa akan menjadi amalan rutin jika hari-hari anda lakukan.  Cuba anda bayang berapa banyak masa anda di dalam kenderaan berbanding berada di tikar sembahyang. Sudah pasti berjam-jam lama kita berada di dalam kereta. Lebih-lebih lagi kalau jarak tempat kerja kita jauh dari tempat rumah.

Langkah pertama saya mencadangkan anda mendapatkan kaunter atau dikenali tasbih digital.  Letakkan di dalam kereta.  Kosnya dalam rm 5-6.


Setiap kali anda menaiki kereta letakkan tasbih pada jari anda dan mulakan berzikir.  Pilih apa sahaja zikir yang anda suka.  Atau bagi memudahkan pilih satu seperti zikir Lailahaillah. Untuk peringkat permulaan mula dengan sedikit dulu.

Lakukan amalan berzikir sebaik sahaja anda pegang stering kereta anda.  Jangan culas melakukan setiap kali menaiki kereta.  Lama kelamaan amalan ini pasti sudah pasti menjadi perkara rutin anda lakukan.

Kemudian setiap kali 100 ribu catat di buku peribadi anda.  Kenapa? Anda pasti terkejut kerana pada akhir tahun 2018 jumlah zikir mencapai ratusan ribu. Percayalah anda tidak mampu berzikir sebanyak ini jika anda berada di tikar sembahyang anda.  Ulangi perkara yang sama tahun berikutnya dan tengok prestasi zikir adakah merosot atau meningkat pada tahun berikutnya.

Jika zikir anda telah mencapai ratusan ribu setiap 70k anda boleh hadiah kepada ibubapa anda yang telah meninggal dunia. Ada kisah mengatakan bacaan zikir 70 ribu  Lailahaillah boleh mendapat pelepasan dari api neraka.

Jika anda lebih dari satu kereta letakkan tasbih digital di setiap kereta anda. Insyallah semoga tips amalan ini menjadi amalan anda semua. 



No comments:

Post a Comment