Kita terlalu sibuk dengan mencari mengejar duniawi yang sementara, sedangkan kehidupan abadi di akhirat lebih kekal. Kalau demi perniagaan dunia ini sanggup bersusah. Mengapa tidak perkara sama kita bersusah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Wednesday, January 31, 2018
Zikir yang Senilai dengan Sedekah Ratusan Juta
Bacaan 100x
Kelebihan amalan ini ialah:
1. Membebaskan 10 orang hamba.
2. Dituliskan 100 kebajikan.
3. Dihapuskan 100 keburukan.
4. Mendapat perlindungan hari itu sampai petang dari gangguan syaitan.
Tuesday, January 30, 2018
Amalan yang membebaskan dari api neraka
Seksa api neraka merupakan azab yang sangat berat dan amat dahsyat sekali. Kita sebagai orang islam memang tidak tahu adakah kita boleh melepasi dari seksaan azab neraka. Sedangkan kita sebagai manusia memang tidak lepas dari membuat dosa. Setiap dosa yang dilakukan balasannya ialah neraka. Namun ada satu amalan yang memberi jaminan bahawa kita akan dapat jaminan dari api neraka.
Apakah amalan yang dapat melepaskan kita dari seksa api neraka. Amalan tersebut ialah menunaikan 4 rakaat sembahyang sunat selepas Asar.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani).
Jadi marilah kita sama-sama beristiqamah melakukkannya dengan penuh kenyakinan bahawa janji Allah dan rasul adalah benar!

Saturday, January 27, 2018
8 Pintu Surga Terbuka Bagi yang Melakukan Ini
Monday, January 22, 2018
Besarnya ganjaran sunat sebelum subuh dan subuh berjemaah
1. Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh - kelebihannya lebih hebat dunia dan seisinya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud:
“Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya”.
2. Amalkan sembahyang subuh berjemaah. Kelebihan seperti pahala seperti beramal dari maghrib hingga subuh.3. Amalan lepas solat subuh dan maghrib membaca membaca wirid. Syaratnya mestilah kaki dalam keadaan duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata.
Baca 10 x
Kelebihan beramal
- Ditulis 10 pahala kebajikan
- Dihapus 10 dosa
- Di angkat darjat 10 darjat
- Dijauhkan diri dari perkara dibenci
- Menjadi benteng dari syaitan
dan
7 x
Kelebihan beramal mendapat kebebasan dari api neraka
4. Membaca penghulu istighfar
Wednesday, January 17, 2018
Kelebihan solat sunat sebelum dan selepas zohor
Kelebihan 4 rakaat solat sunat sebelum dan selepas zohor Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka. Jadikan amalan ini sebagai satu rutin kita semua walau sesibuk manapun. Jadi ambil peluang bagi kita yang banyak dosa ini, menjadikan satu amalan.
Thursday, January 4, 2018
Tabungan subuh
Antara amalan yang mempunyai ganjaran yang cukup besar adalah bersedekah. Ganjaran besar diberikan kepada mereka yang sentiasa bersedekah dengan hati yang ikhlas tanpa rasa riak.
Dalam ceramah ustaz Muhadir bin Joll ada menyaran agar setiap pagi kita mulakan sedekah rm1.00 atau berapa sahaja nilai yang boleh secara berterusan. Sebelum mulakan sembahyang subuh anda boleh memulakan sedekah rm1. Sediakan satu tabung khas dari bahan seperti tin biskut atau bekas plastik yang bersaiz sederhana.
Kemudian apabila sampai hari ke 30 ambil wang tersebut sedekahkan ke masjid atau kepada orang yang miskin yang memerlukan. Lakukan perkara ini secara istiqamah dan duit ini jangan sesekali digunakan untuk keperluan diri anda.
Bayangkan dalam sebulan anda boleh bersedekah rm30. Jika setahun anda mampu bersedekah tanpa anda sedari sebanyak rm360. Sekiranya secara istiqamah anda lakukan selama 10 tahun anda telah bersedekah sebanyak rm 3600. Bayangkan adakah anda mampu bersedekah rm3600 secara sekaligus. Tentu sahaja anda tidak sanggup. Tetatapi dengan teknik ini anda mampu melakukkan. Ulangi langkah ini sehingga akhir hayat anda insyallah berkat sedekah tersebut anda mampu rasai nanti.
Wednesday, January 3, 2018
Mulakan azam tahun 2018
Tahun 2018 mula melangkah masuk dan meninggalkan tahun 2017. Selangkah kita ke hadapan bermakna umur kita semakin singkat di dunia ini. Jadi jangan bazirkan masa yang ada dengan perkara sia-sia. Sebaliknya rebutlah peluang yang ada dengan membuat pahala sebanyak yang boleh.
Hari ini saya mencadangkan kepada pembaca teknik yang mudah untuk meningkatkan amalan kita. Tanpa perlu kita duduk lama di tikar sembahyang.
Kalau anda biasa mendengar ceramah di youtube antara ustaz mencadangkan amalan seperti berzikir semasa kita berada di kenderaan. Memang peringkat awal anda akan rasa sukar memulakannya. Tetapi percayalah jika amalan ini sudah sebati di dalam diri anda ia akan menjadi perkara yang mesti kita lakukan kita berada di dalam kenderaan.
Amalan zikir ini antara amalan yang mudah dilakukan tetapi amat berat jika hati kita tidak didik untuk ke arah itu. Paksa diri anda untuk berubah ke arah kebaikan. Amalan yang terpaksa akan menjadi amalan rutin jika hari-hari anda lakukan. Cuba anda bayang berapa banyak masa anda di dalam kenderaan berbanding berada di tikar sembahyang. Sudah pasti berjam-jam lama kita berada di dalam kereta. Lebih-lebih lagi kalau jarak tempat kerja kita jauh dari tempat rumah.
Langkah pertama saya mencadangkan anda mendapatkan kaunter atau dikenali tasbih digital. Letakkan di dalam kereta. Kosnya dalam rm 5-6.

Setiap kali anda menaiki kereta letakkan tasbih pada jari anda dan mulakan berzikir. Pilih apa sahaja zikir yang anda suka. Atau bagi memudahkan pilih satu seperti zikir Lailahaillah. Untuk peringkat permulaan mula dengan sedikit dulu.
Lakukan amalan berzikir sebaik sahaja anda pegang stering kereta anda. Jangan culas melakukan setiap kali menaiki kereta. Lama kelamaan amalan ini pasti sudah pasti menjadi perkara rutin anda lakukan.
Kemudian setiap kali 100 ribu catat di buku peribadi anda. Kenapa? Anda pasti terkejut kerana pada akhir tahun 2018 jumlah zikir mencapai ratusan ribu. Percayalah anda tidak mampu berzikir sebanyak ini jika anda berada di tikar sembahyang anda. Ulangi perkara yang sama tahun berikutnya dan tengok prestasi zikir adakah merosot atau meningkat pada tahun berikutnya.
Jika zikir anda telah mencapai ratusan ribu setiap 70k anda boleh hadiah kepada ibubapa anda yang telah meninggal dunia. Ada kisah mengatakan bacaan zikir 70 ribu Lailahaillah boleh mendapat pelepasan dari api neraka.
Jika anda lebih dari satu kereta letakkan tasbih digital di setiap kereta anda. Insyallah semoga tips amalan ini menjadi amalan anda semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)