Nabi s.a.w bertanya:"Apakah salah seorang dari kamu mampu memperolehi seribu kebaikan dalam sehari? Salah seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin seorang mampu meraih seribu kebaikan dalam sehari?" Rasulullah berkata, "Ketahuilah bahawa orang yang bertasbih seratus kali akan dicatat seribu kebaikan untuknya dan dihapus seribu kesalahan darinya." ( HR. Muslim )
Mungkinkah seorang muslim berasa berat meluangkan waktunya selama 2 minit untuk memperolehi 1,000 kebaikan?!.
Salah satu bentuk kalimah tasbih adalah subhanallah wa bihamdihi. Lalu apakah faedah? Nabi s.a.w bersabda," Barangsiapa yang mengucapkan subhanallah wa bihamdihi setiap hari seratus kali maka diampuni segala dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." Dalam riwayat lain: dileburkan segala kesalahannya.
Bayangkan seandainya anda berdiri di tepi laut dan melihat buih lautan yang melimpah, dan bayangkan bahawa dosa-dosa anda sebanyak buih tersebut. Dari sabda nabi di atas, kita yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosa anda berkat anugerah-Nya, kurnia-Nya dan kemurahan-Nya dengan membaca subhanallah wa bi hamdihi sebanyak 100 kali. Jadi jangan sia-sia selagi usia masih ada. Gunakanlah masa dengan bijak untuk berbakti kepada Allah.
Nabi s.a.w bersabda:
" Dua kalimah yang ringan di lisan, namun berat di timbangan amal dan dicintai oleh Zat Yang Maha Pengasih, iaitu. Subhanaallah wa bihamdihi subhanalahil a'zim.
No comments:
Post a Comment