Thursday, May 28, 2020

KEAJAIBAN DERMA 2 USD OLEH PENGANGGUR MUSLIM.

Hikmah bersedekah walau pun ketika susah dan sentiasa bersyukur ....

Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga US 150,000 dollar.

Orang ramai mula memberi respon dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad) dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dollar.

Penyiar bertanya kepadanya, 'Mengapa US dua dollar...?'. Dia menjawab, "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur..."

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH, Tuhan yang saya sembah..."

Selepas Muhmammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak US 8 ribu dollar, pesan pemanggil tersebut kepada pengacara, saya sumbangkan US 4 ribu untuk pesakit dan US 4 ribu untuk penderma 2 US dollar yang bernama Muhammad.

Kemudian pemanggil seterusnya menderma US 10,000 dollar, katanya US 5 ribu untuk pesakit dan US 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dollar.

Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang kepada pesakit dan kepada penderma 2 US dollar. 

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut menjemput penderma 2 US dollar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.

Muhammad sangat bersyukur dan terharu dengan rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dollar...!

Beliau berkata, "Walau pun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ni, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya..."

Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih perkerjaan yang terbaik untuk dirinya.

Saudara2 semua, jom sama² kita rebut peluang bersedekah, jangan malu dengan sumbangan yang sedikit kerana ALLAH tidak menilai jumlah semata²...

Moga dengan usaha kecil kita, ALLAH mengangkat ujian Covid-19 dan ampunkan segala dosa dan kesilapan kita... Aamiin...

FB Syaiful Kamaludin


No comments:

Post a Comment