Kita terlalu sibuk dengan mencari mengejar duniawi yang sementara, sedangkan kehidupan abadi di akhirat lebih kekal. Kalau demi perniagaan dunia ini sanggup bersusah. Mengapa tidak perkara sama kita bersusah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Thursday, July 23, 2020
5 Dzikir yang di anjurkan di baca pada 10 hari yang awal bulan dzulhijjah
Thursday, May 28, 2020
🌹 AKIBAT PURA-PURA BERSELAWAT 🌹
AKIBAT PURA-PURA BERSELAWAT
Seorang artis terkenal yang sering membintangi filem-filem di Mesir,
suatu ketika mendapat watak berlakon di sebuah filem untuk melakonkan Sayyidah Rabiatul Adawiyah.
Di filem tersebut dia hanyalah acting, pura-pura menjadi seorang wanita solehah, pura-pura solat dan ibadah-ibadah yang lain termasuk pura-pura memperbanyak membaca selawat, kerana memang Sayyidah Rabiatul Adawiyah, tokoh yang dia lakonkan itu, selama hidupnya mengamalkan 25,000 selawat setiap hari. Mau tak mahu si artis pun pura-pura pula banyak berselawat selama shooting film tersebut.
Dipendekkan cerita. Tak lama berselang setelah artis tersebut menyelesaikan filem tersebut, dia bertaubat. Asbab taubatnya sungguh luar biasa.
Dia bertaubat setelah diberi keberuntungan bermimpi Nabi ï·º dalam tidurnya. Setelah mimpi, dia mendatangi seorang ulama ternama di Mesir yaitu Syeikh Mutawwali Sya'rowi untuk membimbing taubatnya.
Itulah kehebatan selawat. Selawat dibaca walau dengan pura-pura pun tetap sampai kepada Rasulullah ï·º dan diterima oleh Allah ï·»
Suka
Komen
Kongsi
KEAJAIBAN DERMA 2 USD OLEH PENGANGGUR MUSLIM.
Hikmah bersedekah walau pun ketika susah dan sentiasa bersyukur ....
Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga US 150,000 dollar.
Orang ramai mula memberi respon dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad) dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dollar.
Penyiar bertanya kepadanya, 'Mengapa US dua dollar...?'. Dia menjawab, "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur..."
"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH, Tuhan yang saya sembah..."
Selepas Muhmammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak US 8 ribu dollar, pesan pemanggil tersebut kepada pengacara, saya sumbangkan US 4 ribu untuk pesakit dan US 4 ribu untuk penderma 2 US dollar yang bernama Muhammad.
Kemudian pemanggil seterusnya menderma US 10,000 dollar, katanya US 5 ribu untuk pesakit dan US 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dollar.
Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang kepada pesakit dan kepada penderma 2 US dollar.
Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.
Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut menjemput penderma 2 US dollar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.
Muhammad sangat bersyukur dan terharu dengan rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dollar...!
Beliau berkata, "Walau pun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ni, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya..."
Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih perkerjaan yang terbaik untuk dirinya.
Saudara2 semua, jom sama² kita rebut peluang bersedekah, jangan malu dengan sumbangan yang sedikit kerana ALLAH tidak menilai jumlah semata²...
Moga dengan usaha kecil kita, ALLAH mengangkat ujian Covid-19 dan ampunkan segala dosa dan kesilapan kita... Aamiin...
FB Syaiful Kamaludin
Amalan ketika malam raya aidilfitri dan malam raya aidil adha
Monday, March 30, 2020
Amalan 3 ketika menghadapi wabak virus covid19
Sunday, February 2, 2020
Khutbah pendek dari Sheikh Abdul Qadir Al Jilani
Subscribe to:
Posts (Atom)