Tuesday, October 8, 2019

Lagi Teknik Infaq melalui apps

Dalam membuat pahala sewajar kita juga perlu kreatif mengikut teknologi semasa. Kalau buat dosa pun boleh kita berfikir secara kreatif sekarang ubah untuk mendapatkan pahala.  Antara caranya adalah infaq dengan menggunakan apps.



Hanya dengan membuka handphone kita mampu membuat infaq setiap hari.  Ok di sini saya kongsikan kaedah menginfak menggunakan apps TNB.

Buka goggle apps store dan cari apps My Tnb.  Kemudian anda download.

Kemudian anda register apps tersebut.

Langkah seterusnya carilah no akauan bil elektrik bagi surau, masjid atau rumah anak yatim boleh sahaja google.

Ataupun anda boleh bertanya kepada bendahari surau di tempat anda no akaun bil surau ataupun masjid.  Kemudian anda register di apps tersebut 


Setelah anda selesai daftar akaun tnb surau dan masjid kemudian boleh anda melakukan infak mengikut kemampuan anda.  Kalau anda mampu hanya seringgit sehari lakukan infaq tersebut. Kita tidak tahu ajal kita bila akan tiba sekurang-kurang apabila kita telah berinfaq pada hari itu kita tidak akan menyesal kerana belum melakukan infaq. Lakukan secara istiqamah mengikut kemampuan anda untuk kalau nak melangsai bil tersebut kita tidak berkemampuan.Tapi kalau berkemampuan apa salahnya anda selesaikan bil tersebut.

Ini contoh akaun bil elektrik masjid kg Belanga yang boleh anda daftar











No akaun bil elektrik yan boleh anda sumbangkan infaq anda:

1. Masjid kg belanga -  220790208700
2. Sek, Agama Darul Ulum, Alor Star Kedah  220408982901

Jangan bertanguh dalam membuat kebaikan kerana anda mungkin tidak ada peluang melakukan kebaikan jika anda telah dipanggil ke alam barzakh. Jadi fikir-fikirkanlah.  Semoga amalan sedikit ini mendapat keredahaan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment