Wednesday, October 23, 2019

Menyediakan perisai daripada Api Neraka


Baca sekurangnya 100x

"ISTIGHFAR" 300 Kali Sehari

Saya nak kongsi ilmu pada semua, tentang istighfar ni, amalan arwah Tok Guru Baba Aziz dari Kelantan semasa masih hidup.

Dia kalau datang Kemaman, saya dan suami selalu jumpa dia. Dia selalu cakap pada saya dan suami.

Kita kena banyakkn istighfar. Hari-hari istighfar jangan tinggal, tetapi arwah Baba bagitahu saya, hanya sebut Astaghfirullahal'azim. Tu saja sebutannya. Arwah suruh baca Hari-hari sebanyak 300 kali. Jangan tinggal. Lepas saja kita istighfar, kita angkat tangan berdoa pada Allah mohon keampunan dulu. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. Insyaallah..

Allah akan tolong kita dalam segala masalah , dari kesempitan rezeki dan segala masalah kita yang tak boleh kita selesaikan. Allah akan selesaikan.

Ada seorang hamba Allah di Kemaman, anak dia hisap dadah. Ayah dia dah puas berubat. Macam-macam, tapi anak dia tetap hisap dadah. Sehinggalah dia jumpa arwah Baba Aziz. Baba hanya bagitahu dia. Kamu kena baca istighfar sebanyk 300 kali sampai 41 hari jangan tinggalkan biar cukup 41 hari, kalau tertinggal. Kena ulang semula sampai 41 hari.

Suami isteri kena baca. Berkat dengan keyakinan tu, mak dan ayah dia baca, Alhmdulillah, anak dia menjadi pulih. Sembuh dari ketagihan menghisap dadah..

Tok Guru kata, "kadang-kadang kita tak sedar masa zaman muda kita. Kita Ada buat salah. kita tak minta ampun pada Allah. Tu Allah beri pada anak-anak kita atau anak cucu kita. Dugaan pun tu atau sebaliknya."

Saya teringat pesannya. Kalau ada masalaah apa-apa. Istighfar hari2 sebanyak 300 ratus kali. Insyaallah. Allah akan permudahkan segala masalah kita. Bacaannya pendek.  Astagfirullahal'azim tu saja sebutannya. Amalkan setiap hari
Insyaallah segala masaalah besar atau kecil. Allah akan tolong.

Tok Guru kata. Ibarat kita nak sesuatu daripada Allah, tapi kita tak minta ampun dosa-dosa kita dengan Allah. Macam mana Allah nak kabulkn doa kita. Sebab kita dinodai dengan dosa-dosa. Tak kira dosa kecil atau besar.

Kalau kita tak minta ampun dariNya. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pada Allah.

Dalam surat Nuh ayat 10-12 Allah ta'ala berfirman :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
“Maka Aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai”. (S.Nuh [71]: 10-12)
Semoga bermanafaat.

Tuesday, October 8, 2019

Lagi Teknik Infaq melalui apps

Dalam membuat pahala sewajar kita juga perlu kreatif mengikut teknologi semasa. Kalau buat dosa pun boleh kita berfikir secara kreatif sekarang ubah untuk mendapatkan pahala.  Antara caranya adalah infaq dengan menggunakan apps.



Hanya dengan membuka handphone kita mampu membuat infaq setiap hari.  Ok di sini saya kongsikan kaedah menginfak menggunakan apps TNB.

Buka goggle apps store dan cari apps My Tnb.  Kemudian anda download.

Kemudian anda register apps tersebut.

Langkah seterusnya carilah no akauan bil elektrik bagi surau, masjid atau rumah anak yatim boleh sahaja google.

Ataupun anda boleh bertanya kepada bendahari surau di tempat anda no akaun bil surau ataupun masjid.  Kemudian anda register di apps tersebut 


Setelah anda selesai daftar akaun tnb surau dan masjid kemudian boleh anda melakukan infak mengikut kemampuan anda.  Kalau anda mampu hanya seringgit sehari lakukan infaq tersebut. Kita tidak tahu ajal kita bila akan tiba sekurang-kurang apabila kita telah berinfaq pada hari itu kita tidak akan menyesal kerana belum melakukan infaq. Lakukan secara istiqamah mengikut kemampuan anda untuk kalau nak melangsai bil tersebut kita tidak berkemampuan.Tapi kalau berkemampuan apa salahnya anda selesaikan bil tersebut.

Ini contoh akaun bil elektrik masjid kg Belanga yang boleh anda daftar











No akaun bil elektrik yan boleh anda sumbangkan infaq anda:

1. Masjid kg belanga -  220790208700
2. Sek, Agama Darul Ulum, Alor Star Kedah  220408982901

Jangan bertanguh dalam membuat kebaikan kerana anda mungkin tidak ada peluang melakukan kebaikan jika anda telah dipanggil ke alam barzakh. Jadi fikir-fikirkanlah.  Semoga amalan sedikit ini mendapat keredahaan Allah s.w.t.