Friday, November 5, 2021

Basahkan lidahmu dengan selawat

 


BETAPA RUGINYA ORANG YANG TAK MAU BERSHOLAWAT

BETAPA RUGINYA ORANG YANG TAK MAU BERSHOLAWAT


Sesungguhnya hati yg tidak rindu berjumpa dengan Nabi Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ . dan tidak tergugah untuk bersholawat kepada Nabi Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ , itu pasti hati yang terputus dari hakikat keimanan kepada Nabi Muhammad dan hakikat iman kepada Tuhannya Nabi Muhammad".


Orang yang menyebar sholawat diantara umat manusia (mengingatkan orang untuk bersholawat kepada Rasulullah), ia akan menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah".


اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِدَنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ ﻓِﻲْ ﻛُﻞِ ﻟَﻤْﺤَﺔٍ ﻭَ ﻧَﻔَﺲٍ ﻋَﺪَﺩَ ﻣَﺎ ﻭَﺳِﻌَﻪُ ﻋِﻠْﻢُ ﺍﻟﻠﻪِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ


Al Habib Umar bin Hafidz 🤍🤍🥀🥀🥀

Kerapkanlah berziqir dan selawat

 


Selawat Diampunkan Dosa 80 tahun

 


Pemberian Nafkah Kepada Keluarga

Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah



عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً


Daripada Abu Mas'ud Al-Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah." (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Bagi seorang suami dan bapa kepada anak-anak, memberi nafkah keperluan kepada ahli keluarga adalah tanggungjawab wajib.


2.  Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga isteri dan anak-anak-anak mengikut kemampuannya. Menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:


كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت


“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR. Abu Daud 1692) Status:  Hadis Sahih 


3.  Memberi nafkah  ke atas orang yang berada di bawah tanggungannya adalah sedekah. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.


4.  Dalam masyarakat hari ini, walaupun isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh membantu di mana yang sesuai sebagai pelengkap. Sumbangan isteri kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.


5.  Muslim yang memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka itu adalah sedekah



Ijazah Al Habib Umar

 


Manusia Akan dimatkan mengikut kebiasaan

 


Selawat pohon wang

 

*اَلسَّلَامُے عَلَيْكُمْے وَرَحْمَةُ اللَّهےِوَبَرَكاَتُهْے*
*اللَّهُم صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَدٍ كَرِيمِ الآبَاءِ والأُمَّهَاتِ*
*بِسْـــــمِـ اللَّـٰهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمـ*

IJAZAH SOLAWAT POHON UANG DARI HABIB SEGGAF BIN MAHDI 

Jika Anda punya beban berat, dan tanggungan yang banyak, dan jika ingin punya rizki yang tidak pernah habis, maka amalkanlah Sholawat "Syajarotun Nuqud". Sholawat ini merupakan Ijazah langsung dari Al Habib Seggaf bin Mahdi bin Syech Abu Bakar bin Salim.  

Bacaannya adalah :
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sholawat ini dibaca 400 kali setelah Sholat isya'. Insyallah bagi yang membacanya secara konsisten akan seperti punya "Pohon Uang" di depan rumah" 


Lagi kisah kelebihan selawat

 



Ada seorang wanita di Tarim yang selalu melazimi berselawat dalam hidupnya sepanjang hari. Suatu hari wanita tersebut meninggal dan kemudian di kuburkan. Anak dari wanita itu kemudian bermimpi dengan ibunya. Dia melihat ibunya tinggal di sebuah singgasana. 


Dia kemudian datang kepada ibunya dan bertanya; " Wahai Ibu, bagaimana keadaan ibu setelah kematian dan dikuburkan ?"


Ibunya menjawab : 

" Aku dikuburkan. Aku menunggu malaikat Munkar & Nakir yang sepatutnya datang. Aku menunggu 1 jam 2 jam hingga 5 jam, mereka tidak datang juga. Setelah 5 jam aku merasa kakiku bergerak. Tiba-tiba aku boleh berdiri dan saat berdiri runtuhlah dinding-dinding di kuburku. Kemudian aku melihat cahaya, bidadari-bidadari dan kebun-kebun yang dipenuhi buah-buahan yang sangat banyak. Aku pergi ke bidadari-bidadari di kebun tersebut dan bertanya, 

" Dimanakan Malaikat Munkar & Nakir? Mengapa mereka tidak datang kepadaku ? "


Para bidadari menjawab; 

" Mereka tidak akan datang kepadamu."


Aku bertanya lagi; 

" Mengapa? "


Kerana engkau sudah di syurga. Ini adalah syurga. Ini kerana selawat yang banyak yang engkau kirimkan kepada Rasulullah ﷺ. Engkau tak didatangi mereka dan menyoalmu. " Jawab bidadari-bidadari tersebut


MasyaAllah


Kisah daripada Al Habib Musa Kadzim Bin Ja'far As-Saggaf


اللهم صل وسلم على سيدنا محمد مفتاح باب رحمة الله عدد ما فى علم الله صلاة وسلاما دائمين بدوام ملك الله وعلى اله وصحبه

Kelebihan membaca doa selepas wuduk

 


Sedekah Subuh Challege

Kenapa sedekah subuh?  Bukan bererti tidak boleh bersedekah di waktu lain.  Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat. 




Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. 


Kenapa? Kata Rasulullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.


Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari"

Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”


Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis  solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat. 


Contohnya…


"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya" 


"Ya Allah, dgn sedekah ini  aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku" 


"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi",  


Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.


Rutinkan setiap hari, sehingga 30 - 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah-sedekh itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.


Yang solat subuhnya di surau atau Masjid, sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.


Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.

Paling mudah jadikan no akaun rumah anak yatim, tahfiz, orang susah dijadikan favourite di akaun bank. Sebelum waktu syuruk anda sedekah rm1 setiap hari.

#sedekah