Tuesday, October 30, 2018

Kelebihan istighfar kepada orang yang mati




Doa waktu pagi dan petang yang membebaskan dari api Neraka


Dalam hadis ini kita mengiktiraf dan mengakui keagungan dan kekuasan Allah serta mengakui Baginda s.a.w adalah hamba dan pesuruh Allah.

Baginda s.a.w mengajarkan kepada kita satu zikir yang kelebihannya ialah akan dapat membebaskan dan menyelamatkan kita dari pada azab seksaan neraka apabila dibacakannya pada waktu pagi dan petang sebanyak empat kali.

Zikir ini sebenarnya satu isyarat dan mesej kepada kita supaya setiap amalan yang dilakukan dengan gerak-geri kita mestilah bertepatan dengan kehendak Allah yakni tidak menyalahi hukum-hukum yang ditetapkan.

Jika amalan kita bertentangan dengan kehendak Allah dan rasulNya, dimanakah terletaknya pengakuan dan kita kepada kekuasaaan dan keagungan Allah s.w.t.

Perkataan "asbahtu" ditukarkan dengan "amsaitu" apabila dibaca pada waktu petang.

Thursday, October 4, 2018

Amalkan ketika terjaga dari tidur



Jika kita terjaga dari tidur samada untuk membuang air atau apa sahaja urusan, eloklah membaca amalan.  Kelebihannya kita akan di ampunkan dan doa kita akan lebih mustajab atau diterima oleh Allah ketika waktu itu.