Thursday, May 17, 2018

kisah jutawan hari-harri berbuka di masjid



Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini,

“Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya”

Beliau jawab,

“Insyaa ALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka”

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa...

Beliau menjawab : “Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok-tengok dah azan... RUGI!!! ”

“Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, Alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, Alhamdulillah makbul”.

Berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya.

“RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa”

Tambah beliau dalam loghat Utara…

“Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS pada DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib... ”

“Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… Allahu Akbar.. !!!” kata beliau lagi…

“Buatlah… In sya ALLAH lain you rasa dan Insyaa ALLAH apa hajat you akan tercapai… Insyaa ALLAH ” akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan haji jutawan tersebut.

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan. Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.

Saya terbanding diri saya dengan beliau.

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah.

Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE !

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga.

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, Alhamdulillah…  ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Terima kasih tuan haji jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan. Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan…

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana-mana amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna.

Copy paste dr fb

Monday, May 14, 2018

Kisah malaikat yang menghitung titisan human yang turun dari langit

*Kisah Malaikat Yg Menghitung Titisan Hujan Yg Turun Dr Langit ke Bumi* .

Rasulullah SAW bersabda, “Di saat aku tiba di langit di malam Isra’ Mikraj, aku tlh melihat satu malaikat yg memiliki 1,000 tgn, di setiap tgn ada 1000 jari & aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Lalu aku bertanya kpd Jibril as, “Siapakah malaikat itu, & apa tugasnya?”Maka Jibril berkata, “Sesungguhnya dia adalah malaikat yg tlh di beri tugas utk menghitung titisan air hujan yg turun dr langit ke bumi.

 ’Rasulullah SAW lalu bertanya kpd malaikat tadi, “Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yg turun dr langit ke bumi sejak di ciptakan Adam as?”Malaikat itu pun berkata, “Wahai Rasulullah SAW, demi yg tlh mengutus mu dgn hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yg turun dr langit ke bumi dr mula di ciptakan Adam as sehinggalah skrg ini, aku juga mengetahui jumlah titisan yg turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung2, ke lembah2, ke sungai2, & ke tmpt yg tdk di ketahui oleh manusia”.

Mendengar huraian malaikat tadi, Rasulullah SAW sgt berasa takjub di atas kecerdasannya dlm menghitung titisan air hujan. Kemudian malaikat tadi berkata kpd beliau, “Ya Rasulullah, walaupun aku memiliki 1,000 tgn & sejuta jari & di berikan kepandaian & kecerdasan utk menghitung titisan air hujan yg turun dr langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan & kelemahan”.

Rasulullah saw pun bertanya, “Apakah kekurangan & kelemahan kamu wahai malaikat?”. Malaikat itu pun menjwb, “Kekurangan & kelemahan ku Ya Rasullullah, jika umat mu berkumpul di satu tmpt, mereka menyebut nama mu lalu berselawat ke atas mu, pd saat itu aku tdk mampu menghitung berapa byknya pahala yg di berikan oleh Allah kpd mereka atas selawat yg mereka ucapkan atas diri mu”.

Allahuakbar.. bayangkan sahabat2 ku..Malaikat yg hebat, yg tak pernah salah dlm menghitung titisan hujan sejak dr zaman Adam as sehinggalah skrg pun kalah & tak dpt nak hitung pahala yg kita dpt bila berselawat kpd nabi junjungan kita. Semoga kita berada di kalangan org yg beriman.. perbykkanlah berselawat, semoga cerita ini dpt mencuit hati yg mendlm kpd sahabat semua krn sesungguhnya saya juga berasa takjub bila mendengar kisah ini...

Friday, May 4, 2018

KENAPA ENGKAU TIDAK MENGENALKU WAHAI RASULULLAH ?


Ada seorang laki-laki yang lupa membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Lalu pada suatu malam dia bermimpi melihat Rasulullah SAW tidak mau menoleh kepadanya,dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?”Beliau menjawab, “Tidak.”

Dia bertanya lagi, “Lalu sebab apakah engkau tidak memandang kepadaku?”

Beliau menjawab, “Kerana aku tidak mengenalmu.”

Laki-laki itu bertanya, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, sedang aku adalah salah satu dari umatmu?

Para ulama meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali umatmu dibanding seorang ibu mengenali anaknya?”

Rasulullah SAW menjawab, “Mereka benar, tetapi engkau tidak pernah mengingat aku dengan selawat. Padahal perkenalanku dengan umatku adalah menurut kadar bacaan selawat mereka kepadaku."

Terbangunlah laki-laki itu dan mengharuskan dirinya untuk berselawat kepada Rasulullah SAW, setiap hari 100 kali.

Dia selalu melakukan itu, hingga dia melihat Rasululah SAW lagi dalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut Rasulullah SAW bersabda, “Sekarang aku mengenalmu dan akan memberi syafa’at kepadamu.”

Ini semua karena orang tersebut telah menjadi orang yang cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyak selawat kepada beliau…

Maka barangsiapa yang ingin dikenali oleh Rasulullah SAW, hendaklah dia memperbanyak bacaan selawatnya..

- Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Ghazali RA -

‎أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada setiap Juma’at. Kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jum’at. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti.” (HR. Baihaqi - Sunan Al Kubro)