Kali ini says cerita kisah cara sedekah yang mungkin selama in kita tidak terfikir untuk kita melakukannya. Kisah ini saya ambil dari fb, Kisah seorang pak cik membawa gayung ( bekas cebuk istilah bagi setengah tempat) semasa keluar untuk berhenti bersembahyang di sebuah masjid. Gelagat pak cik diperhatikan oleh seorang ahli jemaah masjid di situ. Apabila habis solat pak cik itu berlalu pergi tanpa membawa gayung air yang dibawa tadi. Kemudian ditegur oleh jemaah tadi bahawa pak cik telah tertinggal gayung yang beliau bawa tadi. Tetapi pak cik itu menjawab bahawa gayung itu sebenar memang segaja ditinggalkan untuk kegunaan masjid apabila beliau singgah di setiap masjid yang beliau solat. Subhanallah, bayangkan berapa banyak pahala yang perolehi setiap kali jemaah masjid yang menggunakan gayung tersebut. Selama gayung itu masih elok dan digunakan semakin banyak pahala yang beliau terima. Hanya nilai rm3-4 sahaja harga gayung, nilai ganjaran yang diterima berlipat kali ganda.
Gambar gayung
Kisah kedua seorang yang berhenti untuk membeli air di tepi jalan. Maka singgahlah beliau untuk membeli air. Namun ketika nak bayar penjual memaklum bahawa air beliau telah dibayar oleh seseorang yang membeli air sebelum ini. Beliau membayar dengan not rm50 dan beliau memaklumkan membayar kepada sesiapa sahaja yang singgah datang membeli air sehingga harganya cukup rm50. Bayangkan peniaga yang jujur tadi melaksanakan hajat orang bersedakah tadi dengan memberi minum untuk orang menghilangkan haus dengan memberi sedekah dengan memberi air secara percuma kepada mana-mana orang singgahlah nembeli tadi. Alangkah indahnya seni bersedekah demikian. Kadang-kadang tak terfikir akal kita, tetapi orang yang terpilih ini diberikan Allah idea bagi melaksanakan sedekah sebegini.
Kaedah lain yang boleh dipraktikkan seperti membeli selipar paling murah rm 2 boleh dibeli 2-3 pasang kemudian diletakkan di tandas,-tandas masjid. Kadang-kadang selipar yang ada di tandas tu ada pun kita sendiri sendiri geli memakainya. Faham-faham jer selipar yang lusuh diletakkan di tandas. Atau cara lain belikan kain pelikat ataupun sejadah kemudian kita letakkan di tempat solat seperti di Maiden, Jusci atau mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang bersolat. Semoga kita sentiasa diberikan ilham oleh Allah untuk kita laksanakan amalan sedekah ini.