Kita terlalu sibuk dengan mencari mengejar duniawi yang sementara, sedangkan kehidupan abadi di akhirat lebih kekal. Kalau demi perniagaan dunia ini sanggup bersusah. Mengapa tidak perkara sama kita bersusah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Friday, February 23, 2018
Thursday, February 8, 2018
Amalan yang membolehkan mendapat sejuta pahala
Antara ganjaran yang mendapat ganjaran yang besar adalah membaca doa semasa memasuki pasar. Amalan ini sepatutnya tidak perlu ditinggalkan selepas mengetahui ganjaran sebesar ini. Maksud pasar tidak semestinya pasar seperti pasar tani atau pasar malam semata-mata. Pasar pada masa kini boleh dikategori seperti Jaya Jusco, Maidin, Tesco seumpamanya adalah dalam kategori pasar.
Bayangkan sekali kita masuk pasar kita mendapat sejuta pahala. Kalau sudah beratus kali kita memasuki bukankah berbilion pahala yang boleh kita dapatkan. Jadi jangan lepaskan peluang seumpama ini. Kita hanya boleh beramal semasa kita masih hidup sahaja. Apabila sudah mati kita terputus daripada amalan yang mempunyai ganjaran sebesar ini. Alangkah menyesalnya kita ketika itu untuk tidak dapat nak beramal lagi.
Bayangkan sekali kita masuk pasar kita mendapat sejuta pahala. Kalau sudah beratus kali kita memasuki bukankah berbilion pahala yang boleh kita dapatkan. Jadi jangan lepaskan peluang seumpama ini. Kita hanya boleh beramal semasa kita masih hidup sahaja. Apabila sudah mati kita terputus daripada amalan yang mempunyai ganjaran sebesar ini. Alangkah menyesalnya kita ketika itu untuk tidak dapat nak beramal lagi.
Kelebihan:
1. Diangkat sejuta darjat.
2. Allah bina sebuah istana di syurga.
3. Mendapat sejuta pahala.
4. Dipadam sejuta dosa.
4. Dipadam sejuta dosa.
Wednesday, February 7, 2018
Lagi Kelebihan membaca surah ikhlas
Ketahuilah betapa besarnya fadhilat
dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini.Namun begitu,kita tidak seharusnya
hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi
sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.Dengan membaca Surah Al-Ikhlas yaitu
merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.Maka marilah
kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surahini secara terusan.Sabda
Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya
pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca
Al-Quran sekali khatam.”Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga
kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah
Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”
(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib,
katanya,Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali
selepas solat Subuh,maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan
memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai
amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu,kita akan
mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas
3 X selepas setiap solat fardu,kita mengubati diri kita sendiri.Daripada Abu
Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala
penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)Sabda Rasulullah
s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan
baginya satu mahligai indah dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa
membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan
pahalanya kepada ahli kubur,nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala
sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya
akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3
kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari
merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam
solat sunat dhuha, surah kursi10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas
10 kalipada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT daninsyallah ada
rezekinya pada hari itu.Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk
orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke
syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000
kali dan dia tidak menzalimi manusia tidak mencuri,tidak berzina dan tidak
minum minuman yang memabukkan,nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan
olehnya dalam tempoh 50 tahun.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan
manusia,nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang
telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur,
kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai
hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.”Sabda
Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali,
nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya
dari neraka.”Sabda Rasulullah s.a.w:Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam
syurga.”
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali,bermakna ia telah pun membeli
dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali
berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali
selepas solat Subuh dan Maghrib,berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan
mengabulkan semua yang dimaksudkan.Sabda Rasulullah s.a.w:”Orang-orang yang
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT
daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”
Bacalah surah ini sebelum kita memulakan apa-apa saja kerja
kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa
membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya
pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan
Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala
syuhada.”Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam
rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh
jiran-jirannya.Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau
mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup
yang dialaminya. Maka sabda Baginda s.a.w: “Apabila engkau hendak masuk ke
rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada
sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.”
Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian
melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.Sebelum anda
masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Rujukan : link
Ceramah yang berkaitan surah ikhlas
Subscribe to:
Posts (Atom)