Sunday, April 9, 2017

Besarnya ganjaran pahala solat sunat 4 rakaat selepas isyak


Allah maha kaya, walaupun kita melakukan ibadat yang sedikit, tetapi Allah memberi bonus yang banyak. 

Solat Sunat 4 rakaat lepas isya’ diberi pahala seperti pahala sembahyang pada malam lailatulqadar.


Sembahyang 4 rakaat ini dilakukan secara 2-2 rakaat iaitu 2 salam. 
2 rakaat solat sunat lepas fardhu isya’ dan 2 lagi rakaat selepas sembahyang witir.

Biasanya nabi melakukan 2 rakaat secara berdiri dan 2 lagi secara duduk (walaupun tiada keuzuran). 
Semasa solat sunat sambil duduk, kadang-kadang nabi bangun berdiri apabila hendak rukuk.
Adapun pada 2 rakaat sesudah solat Witir,

beliau biasanya membaca :
surah Zalzalah dan Surah A-Kafiruun. (HR Ahmad, Ibnu Nashr, Thahawi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan shahih).

Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny] 

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.” 

Dari Aisyah ra, “Bahawa Rasulullah saw mengucap salam sampai kita dapat mendengarnya, lalu bersembahyang 2 rakaat lagi sehabis bersalam tadi sambil duduk.”[HR Muslim]
Sembahyang sunat 4 rakaat selepas fardhu Isyak diberi pahala sama seperti pahala malam Lailatul Qadar:
Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)
Malam Lailatul Qadar, adalah malam yang berkedudukan tinggi. 

Solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya’ berkedudukan tinggi, seperti malam Lailatul Qadar, tetapi mungkin ia tidak sama dengan mereka yang mendapat penjelmaan malam Lailatul Qadar, kerana ia lebih besar. 

Di sini terdapat 2 perkara (1) malam Lailatul Qadar, dan (2) mereka yang mendapat malam Lailatul Qadar. 
Dari Abi Umamah r.a sabda Rasulullah saw, sesiapa mengerjakan solah Isya’ berjemaah, ia telah dapat (pahala) sebahagian dari Lailatul Qadar (Jame’ Saghir 2/616)





Hebatnya bersedekah.

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
Mari kita baca jawapannya...
------------------------------------------------

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

*Satu*
 Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

*Dua*_
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

*Tiga*
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

*Empat*
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

*Lima*
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._ 

*Enam*
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan.

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.