Kita terlalu sibuk dengan mencari mengejar duniawi yang sementara, sedangkan kehidupan abadi di akhirat lebih kekal. Kalau demi perniagaan dunia ini sanggup bersusah. Mengapa tidak perkara sama kita bersusah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Monday, November 7, 2011
Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’
Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya kerana kelebihanya :
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam”.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Dimana Rasulullah saw pernah bersabda di dalam beberapa sabda baginda..antaranya ialah...
"dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.."
"Rasulullah pernah bersabda...Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu....
1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sangkaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya..
2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak..
3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke ghogoroh.
4. Barangsiapa datang kepada ALLAH..dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAH...maka nescaya ALLAh akan mengampuninya..
5. Allah swt menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab doa orang-orang yang masih hidup
"Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha illALLAHU.. dan memanjangkan sebutannya (pada huruf mad) kata ulamak pada "laa" yang berada di awal, nescaya ALLAH akan meruntuhkan 4000 dosa besar yang telah dia perbuat...Para sahabat bertanya kepada Rasulullah..Bagaimana jika ia tiada dosa besar..maka Rasulullah berkata.. ALLAH akan mengampunkan dosa keluarganya dan jiran-jirannya..."
"Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud.."barangsiapa yang membaca Laa ilahaillahu" maka ia akan dapat menolak bala sebanyak 99 bala dan dapat menghilangkan segala kegundahan dan kesedihan yang dialaminya.."
"Rasulullah bersabda..barangsiapa yang berkata kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH... sebanyak 100 kali..maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan wajahnya seperti bulan purnama.."
"Rasulullah bersabda...Dalam sebuah hadis qudsi ALLAh berfirman "LAILAHAILLAH" adalah kalamku..akulah yang kehendaki pada kalimah ALLAH..barangsiapa yang berkata kalimah ini beerti ia telah masuk ke kotaku..Dan Barangsiapa yang masuk ke kotaku..maka selamatlah ia dari siksaku.."
Amalan Ayat 7
Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah.
Kebiasaannya saya menganjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.
Menurut ulama’-ulama’ yang mu’tabar, barangsiapa yang mengamalkan ayat ini, tiada kuasa seseorang itu memberi mudharat kepadanya. Dan sekiranya jikalau tertutup langit dan bumi sekalipun, insyaALLAH terlepas ia dengan izin Allah swt.
Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.
InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
5. Ayat ini juga untuk pengasih
...ini adalah kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkannya secara istiqamah...
Subscribe to:
Posts (Atom)