Buat pembaca semua yang singgah di laman blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca diblog. Semoga blog ini memberi manafaat untuk kita semua yang beragama islam. Dengan sedikit ilmu yang saya kutip dari buku-buku agama ataupun daripada artikel-artikel dapat kita kongsi bersama. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. Apakah yang dimaksudkan jutawan akhirat? Dari segi istilah jutawan adalah orang yang kaya atau yang mempunyai kekayaan yang mewah. Manakala akhirat adalah kehidupan kita selepas mati nanti.
Selama ini kita begitu ghairah untuk menjadi jutawan di dunia yang fana. Tetapi kita abaikan kehidupan akhirat kita. Sedangkan akhirat adalah kampung kita yang kekal abadi. Kita bimbang nanti kita mewah di dunia tetapi di akhirat kita miskin. Bukankah itu satu kerugiaan dan penyesalan yang tidak terhingga. Jika setelah kita mati bukan duit yang kita bawa. Sebaliknya amal salih dan kebaikan yang kita buat selama inii. Jadi lakukan amal yang sedikit tetapi berkekalan agar kita tidak menyesal di akhirat kelak.
Semoga blog ini dapat memberi manafaat untuk saya dan anda semua. Yang baik datang Allah manakala yang buruk itu datang dari diri saya insan yang lemah lagi jahil ini.